Dana Perlindungan Bitget Mencapai Rekod Tertinggi Sebanyak $779.7 Juta pada Julai 2025, Menegaskan Komitmen terhadap Keselamatan Aset Pengguna
VICTORIA, Seychelles, Aug. 08, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka, hari ini mengeluarkan Laporan Dana Perlindungan bagi Julai 2025, yang menunjukkan penilaian tertinggi baharu dan menegaskan komitmen kukuh terhadap perlindungan aset pengguna. Sehingga 22 Julai, Dana Perlindungan Bitget mencapai paras tertinggi sepanjang masa sebanyak $779.7 juta, mencerminkan sokongan modal yang kukuh dalam tempoh aktiviti pasaran yang meningkat. Nilai harian Dana Perlindungan tersebut mencatat paras serendah $686.5 juta pada 1 Julai sehingga ke paras tertinggi pada pertengahan bulan, dengan purata bulanan sekitar $746 juta.
Sepanjang Julai, penilaian Dana Perlindungan Bitget menunjukkan corak yang hampir selari dengan turun naik harga Bitcoin, dengan BTC didagangkan dalam julat kira-kira $105,600 hingga $119,956. Sepanjang bulan tersebut, Bitget mengekalkan pegangan BTC yang konsisten sebanyak 6,500 syiling, membuktikan tahap perlindungan rizab yang stabil walaupun pasaran mengalami ketidaktentuan. Menjelang akhir bulan pada 31 Julai, nilai dana tersebut mencecah $752 juta, mencerminkan kekuatan berterusan meskipun harga BTC telah menunjukkan sedikit penurunan.
Bitget menubuhkan Dana Perlindungan ini pada tahun 2022 dengan komitmen awal sebanyak $300 juta, bertujuan untuk menyediakan sokongan kewangan yang kukuh bagi aset pengguna. Sejak dilancarkan, dana ini secara konsisten melepasi paras asas tersebut—termasuk dalam keadaan pasaran yang bergolak. Penilaian rekod pada bulan Julai menjadi bukti pengurusan aset Bitget yang proaktif serta dedikasi bursa terhadap pengekalan ketahanan kewangan.
Keselamatan kekal sebagai teras strategi Bitget. Selain Dana Perlindungan, syarikat ini turut menerbitkan laporan Bukti Rizab bulanan bagi mengesahkan nisbah rizab minimum 1:1 bagi aset pengguna. Langkah-langkah ini mencerminkan pendekatan berlapis terhadap kepercayaan dan ketelusan—bagi memastikan pengguna boleh berdagang dan menyimpan aset di platform dengan penuh keyakinan.
Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget, menekankan: “Dana Perlindungan yang mencecah hampir $780 juta menunjukkan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi terhadap perlindungan aset pengguna dan kestabilan jangka panjang. Walaupun pasaran dicirikan oleh trend yang bergerak pantas, dana ini menawarkan ketenangan minda dan mengukuhkan kedudukan Bitget sebagai penanda aras industri bagi persekitaran dagangan yang selamat.”
Bitget menggalakkan pengguna dan ahli komuniti untuk meneliti data lengkap terkini bagi Dana Perlindungan dan Bukti Rizab yang tersedia di laman web rasmi syarikat, sebagai usahah pengesahan bebas terhadap integriti kewangannya.
Perihal Bitget
Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Memberikan perkhidmatan kepada lebih 120 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan lain. Bitget turut menawarkan akses secara masa nyata kepada harga Bitcoin, harga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet yang dahulunya ini dikenali sebagai BitKeep merupakan dompet kripto tanpa jagaan terkemuka yang menyokong lebih daripada 130 rantai blok dan berjuta-juta token. Ia menawarkan perdagangan berbilang rantaian, staking, pembayaran dan akses langsung kepada lebih daripada 20,000 DApp dengan pertukaran termaju serta cerapan pasaran yang disepadukan dalam satu platform tunggal.
Bitget sedang memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara gusti dunia), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan) untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.
Selaras dengan strategi impak globalnya, Bitget telah bekerjasama dengan UNICEF untuk menyokong pendidikan blockchain bagi 1.1 juta individu menjelang tahun 2027. Dalam dunia sukan permotoran, Bitget merupakan rakan eksklusif bursa mata wang kripto bagi MotoGP™, salah satu kejohanan paling mendebarkan di dunia.
Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet
Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com
Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa didapatkan dan pengalaman dan kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.
Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/c319cf3f-669e-41bd-9043-a5ca804ea891
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/185c8dae-de37-472c-a57b-a23e23571796

Legal Disclaimer:
EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.
